Ibnu Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab
"baik" setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu Hari
menteri menghadiri majlis makan malam bersama raja. Waktu itu dengan
tidak sengaja Raja telah terpotong jarinya sendiri ketika memotong buah.
Raja pun bertanya kepada menteri yang duduk disebelahnya. "Baik, wahai raja". Jawab menteri. Apa? kamu katakan ini baik?. Raja
terperanjat dan sangat marah dengan jawapan itu dan memerintahkan
menteri itu dihukum penjara. Mana mungkin jarinya yang luka parah
seperti itu dianggap menterinya sesuatu yang baik. Kemudian raja
mengunjungi menteri di penjara. "Sekarang bagaimana keadaanmu sendiri, masih mahu berada dalam penjara seperti ini?". "Baik, wahai raja". Jawab menteri. Raja Sangat marah dan terus meninggalkan menteri dengan perasaan marah.
Suatu
hari raja pergi berburu dihutan ditemani oleh menterinya yang lain
kerana menteri yang biasa menemaninya berada dipenjara. Oleh kerana
menteri baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya
mereka terpisah dan tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat raja
juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala untuk dijadikan korban
berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama 7 hari dan hari ke 7
adalah hari mereka membawa raja ke tempat sembahan. Saat raja sudah
sedia untuk dikorbankan mereka melihat jari raja yang terpotong, lalu
mereka menjadi ragu."kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan
sempurna pada tuhan kita". "Orang ini jarinya terpotong, jadi dia tidak
layak menjdai korban". Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan gembira.
Raja
teringat kembali akan kata-kata menterinya yang telah membuatnya marah
ketika jarinya terpotong,. Dia segera ke penjara dan berkata kepada
menteri itu, "Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik". Raja
menceritakan semua peristiwa yang berlaku ke atasnya hingga dia selamat
dari ancaman kematian. Menteri hanya tersenyum sambil berkata, "Saya
berada dipenjara ini juga adalah baik kerana jika saya pergi bersama
hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan menjadi
korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada cacat. Ibnu Taimiyah menuntup cerita ini dengan mengatakan, "semua yang ditetapkan Allah adalah baik". Semua yang ditentukanNYa baik, walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada disebalik ketentuan itu.
No comments:
Post a Comment