Komunikasi adalah energy yang menggerakkan organisasi. Tanpanya tidak ada interaksi. Tanpa interaksi tidak ada hubungan sesama manusia. Apabila tiada hubungan tidak ada wujudnya pengurusan. Dalam dunia pekerjaan ada tida jenis kabel komunikasi iaitu:
- Komunikasi ke atas : iaitu komunikasi dengan majikan atau pun pekerja yang berjawatan tinggi daripada kita.
- Komunikasi ke sisi : iaitu komunikasi dengan pekerja yang setara dengan kita.
- Komunikasi ke bawah: iaitu komunikasi berhubung dengan pekerja berpangkat lebih rendah daripada kita.
-
Bagaimana agaknya situasi di tempat kerja kita?. Boleh diperbaiki dengan mempraktikkan 3 kabel komunikasi yang telah disebutkan tadi. Komunikasi yang 'kaku' menyebabkan suasana tempat kerja muram dan membosankkan. Berilah peluang kepada orang lain menyatakan pendapat dan idea mereka. Usah menyekat kemampuan otak mereka dari berfikir dan lidah mereka untuk berkata-kata.
Ikuti kisah Nabi Muhammad dan Khabbab dalam satu peperangan. Baginda SAW telah mengarahkan tentera Islam berkubu di suatu tempat di padang pasir. Kemudian datang Khabbab bin Munzir menyatakan sesuatu.
"Wahai Nabi Muhammad, kita semua berkubu di sini. Adakah ini wahyu daripada Tuhan?". Tanya Khabbab. Jawab Baginda SAW, tidak ini adalah pendapatku sendiri. Kemudian Khabbab memberikan pandangannya. "Sekiranya begitu, saya rasa sebaiknya kita berkubu di sebalik bukit sana kerana terdapat sebuah perigi di situ. Ini memudahkkan kita mendapatkan bekalan air". Nabi SAW mendengar dengan tenang.
Tambah Khabbab lagi "selain dari itu, sekiranya kita berkubu di sini dan diserang musuh, kita pasti berada dalam keadaan sukar kerana sekarang kita berada dalam keadaan bertentangan dengan tiupan angin. Sudah tentu tentera-tentera kita sukar bertempur dalam keadaan sedemikian".
Nabi SAW menjawab, "terima kasih atas pendapat itu wahai Khabbab. Kita akan berpindah ke tempat yang saudara sebutkan tadi. Ayuh !. Dalam peperangan itu, tentera Islam telah memperolehi kemenangan yang besar.
Apakah kunci kemenangan itu? kerana kabel komunikasi yang terbuka dan menyeronokkan. Tentera Islam Islam tiada rasa gusar dan menjadi begitu semangat bertempur. Hebat kan!!!!!. SubhanAllah.
Majikan yang baik harus menyediakan ruang komunikasi yang cukup supaya emua anggota organisasi meluahkan apa yang tercetus dalam jiwa dan fikiran mereka. Jangan sangka sekiranya mereka menutup mulur, segala-galanya terkawal. Manusia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung!!!.
No comments:
Post a Comment