Wednesday, April 24, 2013

Egois dan baran : Punca Selebriti menarik diri daripada rancangan Realiti Master Chef Malaysia Selebriti....


 

Bila tengok rancangan master chef selebriti ini...semakin mendapat tempat di hati penonton... kerana nak tengaok selebriti memasak... Penonton ternanti-nanti apa cabaran, siapa pemenang dan paling sadis siapa tersingkir...

Untuk rancangan kali ini ada di kalangan selebriti yang terbawa-bawa sikap ego dan baran ketika mendapat teguran daripada juri dan selebriti seperjuangan sepanjang melakukan cabaran dan tugasan yang diberikan..



Adat anak murid kenalah dengar apa guru katakan.. komentar dan kata-kata yang tajam dan sinis itu perlulah diambil positif untuk menjadikan anak murid menjadi chef yang terbaik... Jadikan ianya sebagai pemangkin untuk menjadi yang terbaik  apatah lagi seorang selebriti yang terlibat adalah mewakili badan kebajikan masing-masing.. Niat nak jadi chef di samping membantu mereka yang memerlukan harus menjadi pegangan... Jangankan ikutkan kata hati.. diri sendiri yang rugi...

Pesanan buat penerbit master chef selebriti.. pilihlah selebriti yang berkaliber dan berwibawa bukan sekadar populariti... Sikap dan adab adalah aspek yang perlu ditekankan... Niat nak dapat pahala terbantut dek kerana sikap egois dan baran... Fikir-fikirkan lah..

No comments: