Thursday, November 17, 2011
Boleh ke saya menceburi bidang perniagaan
Mendengar dan melihat ramai orang berjaya dalam perniagaan.. terdetik di hati ini untuk mencuba menceburi bidang ini. Tapi apa yang menjadi masalah bagi saya adalah modal, produk dan pasaran... Perlukah banyak kajian dibuat sebelum menceburi bidang ini?..... kerana saya tidak mahu menjadi bidan terjun... susah nnt x pasal pasal kan... dalam otak dan minda aku pelbagai perkara aku fikirkan dan banyak benda yang aku nak niagakan... Adakah semua peniaga berfikir seperti apa yang fikirkan.... Mungkin aku perlu fikirkan komitmen dalam menjalankan apa juga perniagaan yang Aku nak buat.. Ya Allah bantulah aku sekiranya memang ada rezki aku dalam bidang ini....
Thursday, November 10, 2011
semua yang ditentukanNya adalah baik
Ibnu Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab
"baik" setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu Hari
menteri menghadiri majlis makan malam bersama raja. Waktu itu dengan
tidak sengaja Raja telah terpotong jarinya sendiri ketika memotong buah.
Raja pun bertanya kepada menteri yang duduk disebelahnya. "Baik, wahai raja". Jawab menteri. Apa? kamu katakan ini baik?. Raja
terperanjat dan sangat marah dengan jawapan itu dan memerintahkan
menteri itu dihukum penjara. Mana mungkin jarinya yang luka parah
seperti itu dianggap menterinya sesuatu yang baik. Kemudian raja
mengunjungi menteri di penjara. "Sekarang bagaimana keadaanmu sendiri, masih mahu berada dalam penjara seperti ini?". "Baik, wahai raja". Jawab menteri. Raja Sangat marah dan terus meninggalkan menteri dengan perasaan marah.
Suatu hari raja pergi berburu dihutan ditemani oleh menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya berada dipenjara. Oleh kerana menteri baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya mereka terpisah dan tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala untuk dijadikan korban berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama 7 hari dan hari ke 7 adalah hari mereka membawa raja ke tempat sembahan. Saat raja sudah sedia untuk dikorbankan mereka melihat jari raja yang terpotong, lalu mereka menjadi ragu."kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada tuhan kita". "Orang ini jarinya terpotong, jadi dia tidak layak menjdai korban". Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan gembira.
Raja teringat kembali akan kata-kata menterinya yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong,. Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu, "Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik". Raja menceritakan semua peristiwa yang berlaku ke atasnya hingga dia selamat dari ancaman kematian. Menteri hanya tersenyum sambil berkata, "Saya berada dipenjara ini juga adalah baik kerana jika saya pergi bersama hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan menjadi korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada cacat. Ibnu Taimiyah menuntup cerita ini dengan mengatakan, "semua yang ditetapkan Allah adalah baik". Semua yang ditentukanNYa baik, walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada disebalik ketentuan itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)