Wednesday, May 8, 2013

KISAH KOMUNIKASI TERBUKA NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KHABBAB : KABEL KOMUNIKASI TERBUKA






Komunikasi adalah energy yang menggerakkan organisasi. Tanpanya tidak ada interaksi. Tanpa interaksi tidak ada hubungan sesama manusia. Apabila tiada hubungan tidak ada wujudnya pengurusan. Dalam dunia pekerjaan ada tida jenis kabel komunikasi iaitu:
 
  1. Komunikasi ke atas : iaitu komunikasi dengan majikan atau pun pekerja yang berjawatan tinggi daripada kita.
  2. Komunikasi ke sisi : iaitu komunikasi dengan pekerja yang setara dengan kita.
  3. Komunikasi ke bawah: iaitu komunikasi berhubung dengan pekerja berpangkat lebih rendah daripada kita.
  4.  
Bagaimana agaknya situasi di tempat kerja kita?. Boleh diperbaiki dengan mempraktikkan 3 kabel komunikasi yang telah disebutkan tadi. Komunikasi yang 'kaku' menyebabkan suasana tempat kerja muram dan membosankkan. Berilah peluang kepada orang lain menyatakan pendapat dan idea mereka. Usah menyekat kemampuan otak mereka dari berfikir dan lidah mereka untuk berkata-kata.
Ikuti kisah Nabi Muhammad dan Khabbab dalam satu peperangan. Baginda SAW telah mengarahkan tentera Islam berkubu di suatu tempat di padang pasir. Kemudian datang Khabbab bin Munzir menyatakan sesuatu.
"Wahai Nabi Muhammad, kita semua berkubu di sini. Adakah ini wahyu daripada Tuhan?". Tanya Khabbab. Jawab Baginda SAW, tidak ini adalah pendapatku sendiri. Kemudian Khabbab memberikan pandangannya. "Sekiranya begitu, saya rasa sebaiknya kita berkubu di sebalik bukit sana kerana terdapat sebuah perigi di situ. Ini memudahkkan kita mendapatkan bekalan air". Nabi SAW mendengar dengan tenang.
 
 
Tambah Khabbab lagi "selain dari itu, sekiranya kita berkubu di sini dan diserang musuh, kita pasti berada dalam keadaan sukar kerana sekarang kita berada dalam keadaan bertentangan dengan tiupan angin. Sudah tentu tentera-tentera kita sukar bertempur dalam keadaan sedemikian".
 
Nabi SAW menjawab, "terima kasih atas pendapat itu wahai Khabbab. Kita akan berpindah ke  tempat yang saudara sebutkan tadi. Ayuh !. Dalam peperangan itu, tentera Islam telah memperolehi kemenangan yang besar.
 
Apakah kunci kemenangan itu? kerana kabel komunikasi yang terbuka dan menyeronokkan. Tentera Islam Islam tiada rasa gusar dan menjadi begitu semangat bertempur. Hebat kan!!!!!. SubhanAllah.
 
Majikan yang baik  harus menyediakan ruang komunikasi yang cukup supaya emua anggota organisasi meluahkan apa yang tercetus dalam jiwa dan fikiran mereka. Jangan sangka sekiranya mereka menutup mulur, segala-galanya terkawal. Manusia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung!!!.
 
 

Wednesday, April 24, 2013

Egois dan baran : Punca Selebriti menarik diri daripada rancangan Realiti Master Chef Malaysia Selebriti....


 

Bila tengok rancangan master chef selebriti ini...semakin mendapat tempat di hati penonton... kerana nak tengaok selebriti memasak... Penonton ternanti-nanti apa cabaran, siapa pemenang dan paling sadis siapa tersingkir...

Untuk rancangan kali ini ada di kalangan selebriti yang terbawa-bawa sikap ego dan baran ketika mendapat teguran daripada juri dan selebriti seperjuangan sepanjang melakukan cabaran dan tugasan yang diberikan..



Adat anak murid kenalah dengar apa guru katakan.. komentar dan kata-kata yang tajam dan sinis itu perlulah diambil positif untuk menjadikan anak murid menjadi chef yang terbaik... Jadikan ianya sebagai pemangkin untuk menjadi yang terbaik  apatah lagi seorang selebriti yang terlibat adalah mewakili badan kebajikan masing-masing.. Niat nak jadi chef di samping membantu mereka yang memerlukan harus menjadi pegangan... Jangankan ikutkan kata hati.. diri sendiri yang rugi...

Pesanan buat penerbit master chef selebriti.. pilihlah selebriti yang berkaliber dan berwibawa bukan sekadar populariti... Sikap dan adab adalah aspek yang perlu ditekankan... Niat nak dapat pahala terbantut dek kerana sikap egois dan baran... Fikir-fikirkan lah..

Tuesday, April 23, 2013

The great G.I. Joe: The Rise of Cobra 2009 continue with G.I. Joe: Retaliation 2013




G.I. Joe: The Rise of Cobra is a 2009 American action film based on the G.I. Joe toy franchise, with particular inspiration from the comic book and cartoon series G.I. Joe: A Real American Hero.The film is directed by Stephen Sommers, produced by Lorenzo di Bonaventura and co-written by Stuart Beattie, based on a 1998 screenplay by John Paul Kay. G.I. Joe features an ensemble cast based on the various characters of the franchise. The story follows two American soldiers, Duke and Ripcord, who join the G.I. Joe Team after being attacked by MARS troops.




After leaked drafts of the script were criticized by fans, Larry Hama, writer of the comic, was hired as creative consultant and rewrites were made. Filming took place in Downey, California, and Prague's Barrandov Studios, and six companies handled the visual effects. The film was released on August 7, 2009, worldwide, following an extensive marketing campaign focused on the Mid-American public. Rise of Cobra opened at the top of the box office and grossed over $302 million worldwide by the end of its run. Critical reception was mostly negative, with criticism of the writing and acting. The sequel, G.I. Joe: Retaliation, was released on March 28, 2013.

A sequel, G.I. Joe: Retaliation, was released on March 28, 2013,directed by Jon Chu. In the film, the Joes are framed as traitors by Zartan, who is still impersonating the President of the United States, and Cobra Commander now has all the world leaders under Cobra's control, with their advanced warheads aimed at innocent populaces around the world. Outnumbered and out gunned, the Joes form a plan with the original G.I. Joe General Joseph Colton to overthrow the Cobra Commander and his allies Zartan, Storm Shadow and Firefly.

source : Wikipedia

That was the great great action film i ever watched.

Thursday, April 18, 2013

HATI-HATI PENGUNDI HANTU: DENDA RM1000 HINGGA RM5000

Pengundi hantu adalah istilah politik kepada pengundi sama ada:-
 
  • Pengundi itu berumur lebih daripada 120 tahun (lihat contoh kanan).
  • Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.
  • Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.
  • Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.
Pihak SPR pula menjelaskan bahawa mereka hanya boleh mengeluarkan nama seseorang pengundi jika disertakan bukti (surat mati), dan tidak boleh menerima maklumat lisan. Oleh itu nama mereka yang meninggal dunai akan kekal dalam senarai sehingga dilaporkan oleh waris beserta surat mati atau dokumen rasmi yang lain. SPR juga memerlukan kuasa untuk mengadakan daftar pemilih baru dari semasa ke semasa dan kuasa bagi melupuskan senarai lama (termasuk mereka yang telah meninggal dunia). Sehubungan itu, pihak SRR meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.







Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BALIK MENGUNDI DAPAT ELAUN PERJALANAN ??????

Penjawat Awam wajib baca statement ini....
spr

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.
Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.
“Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan ‘Momentum’ kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini.
Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.
“Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR,” katanya.
Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.
“Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah…tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.
Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi,” katanya. – Bernama


Wednesday, April 17, 2013

JOM CEGAH JENAYAH SYARIAH: KARNIVAL SEMARAK SYARIAH



JOM KITA RAMAI-RAMAI MENYEMARAKKAN KARNIVAL SEMARAK SYARIAH....
YANG AKAN BERLANSUNG DI DATARAN MASJID NEGARA KUALA LUMPUR PADA 26HB - 28HB APRIL 2013 (JUMAAT HINGGA AHAD)....

ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN...
BANYAK PROGRAM DAN INFO AGAMA YANG AKAN ANDA PEROLEHI...SIARAN LANSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PADA 25HB APRIL 2013... MEH RAMAI-RAMAI TINGKATKAN PENGETAHUAN KITA BERSAMA MENGENAI PENCEGAHAN JENAYAH SYARIAH.....



ANTARA OBJEKTIF KARNIVAL INI ADALAH :

1. Membantu jabatan dan agensi tempatan memperkasakan sifar jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

2. Membina perasaan kebersamaan dalam membanteras maksiat di antara masyarakat dan agensi penguatkuasaan.

3. Memberi kefahaman tentang kepentingan peranan masyarakat untuk menhindarkan diri dari melakukan jenayah syariah.

4. Menyediakan program-program yang berteraskan nilai dan penghayatan Islam kepada para pengunjung Wilayah Persekutuan.

JOM CEGAH JENAYAH SYARIAH!!!!!!

 


WAJIB TAHU: PERKARA BERKAITAN PILIHAN RAYA

 

Undang-undang dan peraturan pilihan raya


Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Elemen-elemen penting pilihan raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  1. Bahagian Pilihan Raya.
  2. Pemilih.
  3. Calon.
  4. Proses Pilihan Raya.

Bilangan bahagian pilihan raya

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Pendaftaran pemilih
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  4. tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  1. pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  2. sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  3. telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
  4. telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-
  1. warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
  3. tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
  1. telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
  2. didapati seorang bankrap; atau
  3. memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
  4. gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
  5. telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
  6. telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

 Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

 
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

 

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  1. tarikh mengundi;
  2. lokasi tempat mengundi;
  3. waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  4. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.